sweetheart of mine !

Cepat"!!Letak link korang nanti DIANA leh jenguk :) !

Thursday, January 31, 2013

WANITA DI SISI LELAKI

Betapa pentingnya wanita disisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka ddengan panduan dariNya.

"Jangan cuba jinakkan mereka ddengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, kelak mereka semakin menderita."

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmuNya. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri mahupun women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
(Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment