sweetheart of mine !

Cepat"!!Letak link korang nanti DIANA leh jenguk :) !

Friday, March 16, 2012

Renungan Bersama... =)

Cinta kelas pertama adalah apabila kita meletakkan cinta pada kadar yang mencukupi di atas tempat yang sepatutnya! Cinta kepada Allah kemudian disandarkan pada seorang manusia yang digelar kekasih. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan! Bukan memiliki tapi tak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia!

Syurga menagih ujian manakala neraka dipagari nikmat! Jangan kau gembira apabila kau menyintai seseorang. Tapi takutlah jika cintamu itu mampu melenyapkan cinta Yang Maha Esa dalam jiwamu. Sesuatu yang kau suka, tidak semestinya akan memberikan kebaikan kepada dirimu namun sesuatu yang kau benci mungkin mampu mengubah nasibmu ke arah kebaikan.

Orang baik boleh jadi jahat... orang jahat boleh jadi baik... jadi jangan mudah berprasangka buruk terhadap orang jahat dan jangan terus bersangka baik terhadap orang yang baik.. Sesungguhnya kite perlu mengambil sikap berwaspada... agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani kerenah dunia yang pelbagai ragam ini.. :)
 

No comments:

Post a Comment